Aktiviti : WEBINAR KIS_PENJELAJAH SIBER : ELAK PERANGKAP DIGITAL
Tarikh : 08 APRIL 2026
Masa : 3:30 pm – 4:30 pm
Peserta : 25 Orang
Objektif Pelaksanaan :
Objektif program Webinar KIS: Penjelajah Siber – Elak Perangkap Digital adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko dan ancaman dalam dunia siber serta cara melindungi diri daripada pelbagai bentuk penipuan dan jenayah digital. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian, termasuk perlindungan data peribadi, pengenalpastian taktik scam serta amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan mengenai jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, scam dan malware, demonstrasi cara mengenal pasti mesej atau pautan yang mencurigakan, serta perkongsian tips keselamatan digital. Peserta turut terlibat dalam kuiz interaktif, perbincangan situasi sebenar dan sesi soal jawab bagi membantu mereka mengaplikasikan langkah keselamatan dalam penggunaan internet harian.
Gambar Aktiviti Disini : WEBINAR KIS_PENJELAJAH SIBER : ELAK PERANGKAP DIGITAL