Aktiviti : NADI ESUKAN – PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN
Tarikh : 11 APRIL 2026
Masa : 9:40 am – 10:40 am
Peserta : 3 Orang
Objektif Pelaksanaan :
Objektif program NADI E-Sukan – Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengurus konflik secara berkesan dalam sesebuah pasukan e-sukan. Program ini bertujuan membantu peserta memahami punca berlakunya konflik, cara berkomunikasi dengan lebih berhemah serta kaedah penyelesaian masalah bagi memastikan kerjasama pasukan sentiasa harmoni dan berkesan.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan tentang jenis-jenis konflik dalam pasukan, teknik pengurusan emosi dan komunikasi berkesan, serta simulasi situasi konflik semasa permainan. Peserta turut terlibat dalam aktiviti role-play, perbincangan kumpulan untuk mencari penyelesaian terbaik, serta sesi soal jawab bagi mengukuhkan kefahaman dalam mengurus konflik secara profesional dan matang dalam dunia e-sukan.
Gambar Aktiviti Disini : NADI ESUKAN – PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN