mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Dato’ Sri Hamzah

Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah telah mula dibina pada akhir tahun 2014 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 April 2015. Terdapat dua orang petugas yang bertugas di sini, iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus.

Pada 10 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsung Program Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah, yang juga bertujuan untuk merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah. Perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin DIMP., AMP., BCM.,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri.