mcmc
Laporan Aktiviti

CARE : MAKAN BANYAK KE SIKIT – JOM BELAJAR CARA KIRA MAKANAN UNTUK TURUN BERAT (W121)

Aktiviti       : MAKAN BANYAK KE SIKIT – JOM BELAJAR CARA KIRA MAKANAN UNTUK TURUN BERAT (W121)

Tarikh        : 03 FEBRUARI 2026

Masa         : 10.30 pagi –11.30 pagi

Peserta      : 1 Orang

Objektif Pelaksanaan :

Makan Banyak ke Sikit – Jom Belajar Cara Kira Makanan Untuk Turun Berat (W121) adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas pengiraan kalori dan kawalan pengambilan makanan bagi tujuan penurunan berat badan secara sihat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keseimbangan nutrisi, saiz hidangan yang sesuai serta pemilihan makanan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia membantu peserta memahami bahawa penurunan berat badan bukan sekadar makan sedikit, tetapi mengamalkan pemakanan yang betul dan terancang.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan mengenai asas kalori, keperluan tenaga harian dan konsep defisit kalori, diikuti latihan mengira kalori berdasarkan contoh menu harian. Peserta turut didedahkan kepada kaedah membaca label nutrisi pada produk makanan serta panduan membahagikan saiz hidangan yang sesuai. Sesi perbincangan dan soal jawab turut diadakan bagi membantu peserta merancang pelan pemakanan yang lebih sihat dan realistik mengikut keperluan masing-masing.

Gambar Aktiviti Disini : CARE : MAKAN BANYAK KE SIKIT – JOM BELAJAR CARA KIRA MAKANAN UNTUK TURUN BERAT (W121)