mcmc
Kesihatan

DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS

248679323 246492460846098 9185967223542395223 n

 

Darah tinggi atau Hipertensi dan kencing manis atau Diabetes adalah dua penyakit tidak berjangkit atau NCD yang boleh diwarisi secara genetik.

Ini bermaksud, jika ahli keluarga anda sama ada ibu atau bapa menghidap penyakit ini, risiko untuk anda menghidapinya adalah tinggi iaitu melebihi 50%.

Namun, risiko ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti amalan pemakanan sihat, mengekalkan berat badan ideal, pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berhenti merokok.

Dengan amalan gaya hidup sihat ini, anda mungkin dapat melambatkan untuk menghidap penyakit ini atau jika menghidapnya, kesannya pada tahap minima atau kemungkinan besar juga anda tidak menghidapnya.

Pilihan untuk sihat adalah di tangan anda kerana menjaga kesihatan adalah tanggungjawab diri sendiri.

#hipertensi

#diabetes

#NCD