Aktiviti : KESIHATAN FIZIKAL PEMAIN E-SUKAN
Tarikh : 06 FEBRUARI 2026
Masa : 04.00 petang – 05.00 petang
Peserta : 2 Orang
Objektif Pelaksanaan :
E-Sukan : Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal bagi pemain e-sukan. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang risiko kesihatan akibat tempoh permainan yang panjang seperti masalah postur, ketegangan otot dan keletihan mata, serta memupuk amalan gaya hidup sihat bagi memastikan prestasi permainan yang optimum dan berterusan.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan tentang penjagaan postur badan yang betul ketika bermain, teknik regangan dan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan otot, serta panduan pengurusan masa skrin yang seimbang. Peserta turut mengikuti demonstrasi senaman ringkas, perkongsian tips pemakanan sihat untuk pemain e-sukan dan sesi soal jawab bagi membantu mereka mengamalkan rutin penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Gambar Aktiviti Disini : E-SUKAN : KESIHATAN FIZIKAL PEMAIN E-SUKAN