mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MAHIR JAHIT : MENDRAF & MEMOTONG POLAR APRON

Aktiviti       : Mendraf & Memotong Polar Apron

Tarikh        : 03 Mac 2025

Masa         : 09.30 pagi – 11.30 pagi

Peserta      : 1 Orang

Objektif Pelaksanaan : 

Program Kelas Mahir Jahit: Mendraf & Memotong Pola Apron bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada para peserta dalam mendraf pola apron secara tepat dan memotong kain mengikut pola yang telah disediakan. Melalui kelas ini, peserta akan memahami teknik pengukuran, penggunaan alat jahitan, serta cara menghasilkan potongan kain yang kemas sebagai persediaan untuk proses jahitan. Objektif ini turut bertujuan memupuk minat peserta dalam bidang jahitan kreatif, di samping membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari.

Aktiviti :

Aktiviti yang dirancang meliputi sesi teori dan praktikal. Dimulakan dengan penerangan tentang asas mendraf pola, termasuk cara mengambil ukuran yang betul, memahami simbol-simbol pada pola, dan melakar pola apron di atas kertas draf. Seterusnya, peserta akan mempraktikkan proses memotong pola dan memindahkannya ke atas kain menggunakan peralatan jahitan seperti kapur kain, gunting khas, dan pembaris jahitan. Akhir sekali, peserta akan menjalani aktiviti memotong kain mengikut pola yang telah disediakan, sambil menerima bimbingan dan maklum balas daripada tenaga pengajar bagi memastikan ketepatan dan kekemasan hasil kerja mereka.

Gambar Aktiviti Disini : FOTO MAC : MENDRAF & MEMOTONG POLAR APRON