Aktiviti : KIDSVENTURE – VIDEO PEMBELAJARAN
Tarikh : 08 FEBRUARI 2026
Masa : 3.30 petang – 4.30 petang
Peserta : 3 Orang
Objektif Pelaksanaan :
Kidsventure : Video Pembelajaran adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas operasi perniagaan secara ringkas dan mudah difahami. Program ini bertujuan membantu kanak-kanak memahami konsep operasi perniagaan, pengurusan stok dan inventori, kepentingan kualiti produk, serta kemahiran asas pengurusan perniagaan yang perlu dimiliki oleh usahawan.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan meliputi tontonan video pembelajaran yang menerangkan konsep operasi perniagaan, kepentingan pengurusan inventori dan stok, serta cara memastikan kualiti produk sentiasa baik. Peserta turut terlibat dalam aktiviti interaktif seperti kuiz ringkas dan perbincangan contoh situasi perniagaan mudah, bagi mengukuhkan pemahaman mereka tentang asas pengurusan perniagaan dan tanggungjawab seorang usahawan sejak awal.
Gambar Aktiviti Disini : KIDSVENTURE – VIDEO PEMBELAJARAN