mcmc
Galeri Video

KISAH KEJAYAAN NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH MELALUI PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR – MAHIR MASAK

  Maklumat Individu/ OrganisasiNama: Fadlyani Sharidah Binti Mohd Fadzil
Umur: 38
No. Telefon: 0176827182
Alamat: Kg. Dato’ Sri Hamzah, 28380 Kemayan, Pahang
Tahun menjadi Ahli NADI: 2020            
  Bentuk perniagaan   Peniagaan kedai makan Kupi Tangkup  
  Kisah kejayaan   
Latar belakang   Pn. Fadlyani merupakan seorang usahawan wanita tempatan yang berjiwa kental dan penuh semangat. Berasal dari sebuah kampung kecil, beliau memulakan perniagaan “Kupi Tangkup” secara kecil-kecilan di Pekan Kemayan, hanya berbekalkan kemahiran asas dalam penyediaan minuman kopi kampung dan makanan western yang pelbagai. Beliau sudah mula berniaga sejak beberapa tahun yang lalu.

 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI   Beliau hanya menjual produk kepada rakan-rakan terdekat dan rakan rakan kerja. Beliau juga ada meletakkan produk di kedai runcit. Hasil jualan beliau tidak terlalu memberansangkan dan hanya mendapat untung yang sedikit.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI   Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui Tiktok, Facebook Instagram & Whatsapp. Tempahan mula bertambah. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanyalah terdiri daripada rakan-rakan terdekat, kini pelanggannya sudah mula bertambah dari pelbagai tempat.