NAMA : NORASHIKEN BINTI HUSIN UMUR : 30 TAHUN AHLI : NOVEMBER 2018 |
Latar belakang
Puan Norashiken merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pelbagai produk crochet yang telah dihasilkan, antaranya ialah beg, barang hiasan, keychain, kopiah, sarung botol air, sarung kotak tisu, stoking, topi bayi, kasut bayi dan headband bayi. Pada mulanya beliau membuat barang crochet hanyalah sebagai hobi. Selepas beliau memuatnaik gambar hasil crochet di laman sosial, ramai yang berminat dan membuat tempahan dengan beliau. Sejak itu, beliau mula mempromosikan hasil crochet secara atas talian dengan lebih aktif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 3 hingga 5 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Dato’ Sri Hamzah, beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui MyShop yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Pelanggan beliau mula bertambah. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanyalah terdiri daripada kawan-kawan terdekat dan jiran, kini pelanggannya sudah mula bertambah dari pelbagai tempat
Pendapatan bulanan beliau juga makin bertambah dan beliau sudah mampu membeli lebih banyak bahan untuk menghasilkan produk crochet daripada hasil jualan tersebut.
=================================================================================