mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NORASHIKEN BINTI HUSIN (SUPER SCRUB BEAUTY SSB)

kisah kejayaan norashiken4

NAMA : NORASHIKEN BINTI HUSIN

UMUR : 30 TAHUN

AHLI : NOVEMBER 2019

 

Latar belakang

Puan Norashiken merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan stokis bagi produk Super Scrub Beauty (SSB) sejak setahun yang lalu. Beliau mula mempromosikan produk tersebut sebagai ‘dropshipper’  melalui whatsapp dan facebook. Beliau menerima banyak tempahan daripada kenalan dekat dan jauh. Setelah berjaya mengumpul modal daripada hasil jualan sebagai ‘dropshipper’, beliau mendaftar sebagai stokis. Beliau meluaskan lagi platform promosi dengan mula mempromosikan produk tersebut di MyShop dan Shoppee.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5  hingga 10  orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Dato’ Sri Hamzah, beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui MyShop yang terdapat dalam Dashboard Komuniti dan juga Shoppee. Pelanggan beliau mula bertambah. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanyalah terdiri daripada kawan-kawan terdekat dan jiran, kini pelanggannya sudah mula bertambah dari pelbagai tempat

Pendapatan bulanan beliau juga makin bertambah dan beliau sudah mampu membeli lebih banyak stok SSB daripada hasil jualan tersebut.

 

   kisah kejayaan norashiken3

 

================================================================================