mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NUR BADRI BINTI MAHASSAN

nur badri

NAMA : NUR BADRI BINTI MAHASSAN

UMUR : 38 TAHUN

AHLI : APRIL 2015

 

Latar Belakang

           Puan  Nur Badri merupakan seorang guru. Beliau menjadi “drop shipper” bagi produk

minyak wangi Wan Perfume sejak setahun yang lalu. Beliau menjadi perantara antara stokis dan

pembeli dan juga ada menyimpan stok di rumahnya sendiri dan menjual produk tersebut kepada

pelanggan dari rumah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

          Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk/

pelanggan bulanan adalah 5 hingga 10 orang.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

          Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Dato’ Sri Hamzah,

beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui MyShop yang terdapat dalam Dashboard

Komuniti. Pelanggan beliau mula bertambah. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanyalah terdiri daripada

adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan guru di sekolah, kini pelanggannya sudah mula bertambah dari pelbagai

tempat

           Pendapatan bulanan beliau juga makin bertambah dan beliau sudah mampu membeli lebih banyak stok produk

 hasil dari jualan tersebut.

 

nur badri2

 

 

====================================================================================================