Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NURUL SYAHIDAH BINTI MOHAMED TAIB (PRODUK KECANTIKAN MARY KAY)

qwe

NAMA : NURUL SYAHIDAH BINTI MOHAMED TAIB

UMUR : 30 TAHUN

AHLI : JUN 2019

 

Latar belakang

Puan Nurul Syahidah merupakan seorang guru KAFA di Sk Kemayan. Beliau mula menggunakan produk kecantikan Mary Kay beberapa tahun yang lalu. Selepas beliau sendiri telah merasai keberkesanan produk tersebut, beliau mula membuat promosi dan menjual produk Mary Kay. Bermula dengan membuat memberi ‘tester’ produk kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat, ramai yang berminat untuk mencuba dan menggunakan produk tersebut dan mula membeli dengan beliau. Setelah itu beliau mencuba membuat promosi di media sosial dan mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Hasilnya pelanggannya mula bertambah dari semasa ke semasa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 2 hingga 5 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Dato’ Sri Hamzah, beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui laman sosial dan mendapat sambutan yang agak memberansangkan. Hasilnya pelanggannya mula bertambah dari semasa ke semasa. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanyalah terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat, kini pelanggannya sudah mula bertambah dari pelbagai tempat. Pendapatan bulanan beliau juga makin bertambah dan beliau semakin aktif membuat kelas bimbingan kecantikan.

 

  rty

 

=====================================================================