|
NAMA : SALINA BINTI SAPRI UMUR : 43 TAHUN AHLI : APRIL 2018 |
Latar Belakang
Puan Salina merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau sudah mula membuat
dan menjual sulaman tulisan sejak 7 tahun yang lalu. Beliau hanya menghasilkan sulaman jika ada
tempahan dan hanya menyiapkannya di rumah.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau hanya menerima sebanyak 1 atau 2 tempahan setiap bulan. Beliau hanya mempromosikan
produk tersebut dengan kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat sahaja kerana tidak tahu bagaimana
cara untuk mempromosikan produknya menggunakan Internet.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Dato’ Sri Hamzah,
beliau kini telah mula mempromosikan produk jualan beliau melalui MyShop yang terdapat dalam Dashboard
Komuniti. Tempahan mula bertambah. Pelanggan beliau mula bertambah. Jika sebelum ini pelanggan beliau
hanyalah terdiri daripada adik-beradik, saudara-mara dan jiran-jiran, kini pelanggannya sudah mula bertambah
dari pelbagai tempat. Namun begitu, tempahan terpaksa dihadkan kerana kekangan masa.

============================================================================================
