Sehingga 27 Disember, jumlah kumulatif kes postif COVID-19 dunia meningkat kepada 80.76 juta kes iaitu pertambahan hampir setengah juta kes. Angka korban akibat COVID-19 juga turut bertambah kepada 1.77 juta orang.
Amerika Syarikat kekal negara yang paling teruk terjejas dengan pertambahan lebih 200 ribu kes. Ini diikuti dengan India dengan 10.19 juta kes, Brazil 7.47 juta kes dan Rusia 3.05 juta kes. Perancis, UK, Turki dan Itali pula mencatatkan lebih 2 juta kes setakat ini. 9 negara pula merekodkan jumlah kumulatif kes COVID-19 melebih 1 juta kes.
Di kalangan negara ASEAN, Indonesia merupakan negara yang mencatatkan angka tertinggi kes COVID-19 diikuti Filipina dan Myanmmar.
Malaysia kekal di kedudukan ke-74 dalam kes COVID-19 dunia iaitu lebih tinggi berbanding China, Singapura dan Korea Selatan.
