LAPORAN SEPTEMBER 2017 – ENGLISH: SPELLING VOCABULARY
|
Tarikh : 24.9.2017 Masa : 3.00 PM – 6.00 PM Lokasi : Pi1M Kg. Dato’ Sri Hamzah Peserta : 5 Orang |
Pada 24 September yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah
telah mengadakan kelas Bahasa Inggeris. Semasa kelas tersebut, pelajar diminta
mendengar dan menyebut semula perkataan Bahasa Inggeris yang dipaparkan di
skrin smartboard. Selain itu, pelajar juga diminta menterjemahkan semua perkataan
tersebut dengan menggunakan Google Translate. Tujuan sesi ini diadakan adalah
bertujuan untuk melatih pelajar mengeja, menyebut dan menterjemah perkataan
Bahasa Inggeris lebih pantas dan seronok. Selain itu, pelajar dapat mengetahui
cara menyebut beberapa perkataan Bahasa Inggeris dengan betul serta dapat
mengetahui maksud perkataan tersebut.
——————————————————————————————————————————–
