Penduduk di Selangor, KL dan Putrajaya yang positif #COVID19 diminta TIDAK ke Pusat Penilaian COVID19 (CAC) sekiranya:
- tidak bergejala atau
- bergejala ringan
- Mereka perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.
- Apa perlu dilakukan?
- Maklumkan keputusan ujian saringan di aplikasi MySejahtera.
- Digital HSO akan diberikan.
- Lengkapkan Home Assessment Tool (HAT) di MySejahtera.
- Penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC Maya. Pesakit akan dihubungi jika perlu.
- Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC.
- Pesakit yang perlukan bantuan boleh hubungi CAC Call Centre 03-7723 9299 (8.00 a.m.-9.00 p.m. setiap hari) atau CPRC Hotline 03-7723 9300 (8.00 a.m.-12.00 a.m. setiap hari)
- Pesakit perlu segera ke hospital jika gejala menjadi semakin teruk.
Peraturan terbaharu ini bagi memastikan pesakit tidak perlu menunggu lama di CAC dan pesakit yang bergejala teruk mendapat rawatan segera.
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA