Aktiviti : MAHIR BAIKI GADJET (M4) : PERALATAN DIAGNOSE DAN TEORI ANDROID
Tarikh : 06 FEBRUARI 2026
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Peserta : 3 Orang
Objektif Pelaksanaan :
Mahir Baiki Gadjet (M4) : Peralatan Diagnose dan Teori Android adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peralatan asas yang digunakan untuk mendiagnos masalah telefon pintar serta teori asas sistem operasi Android. Program ini bertujuan membantu peserta memahami fungsi peralatan diagnose, mengenal pasti kerosakan dengan tepat dan meningkatkan kemahiran teknikal sebelum melakukan pembaikan secara praktikal.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan mengenai jenis-jenis peralatan diagnose dan fungsinya, demonstrasi cara menggunakan peralatan diagnose, serta pembelajaran teori asas Android termasuk struktur sistem dan fungsi komponennya. Peserta turut mengikuti latihan praktikal mengenal pasti masalah telefon pintar menggunakan peralatan diagnose, perbincangan tentang situasi kerosakan sebenar dan sesi soal jawab bagi memperkukuh pemahaman serta keyakinan dalam proses pembaikan.
Gambar Aktiviti Disini : MAHIR BAIKI GADJET (M4) : PERALATAN DIAGNOSE DAN TEORI ANDROID