mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR MASAK (M4) : PEMBUATAN COOKIES

Aktiviti       : MAHIR MASAK (M4) : PEMBUATAN COOKIES

Tarikh        : 06 & 07 FEBRUARI 2026

Masa         : 9.30 pagi – 4.30 petang

Peserta      : 3 Orang

Objektif Pelaksanaan :

Mahir Masak (M4) : Pembuatan Cookies adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan dan pembuatan cookies yang betul dan konsisten. Program ini bertujuan membantu peserta memahami langkah-langkah penyediaan, pengukuran bahan yang tepat serta teknik membakar bagi menghasilkan cookies yang sedap, cantik dan berkualiti. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk kreativiti peserta dalam mengolah resipi serta mengaplikasikan kemahiran memasak secara praktikal.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan, demonstrasi cara menyediakan adunan cookies, serta teknik pemanggangan yang sesuai. Peserta turut menjalani latihan praktikal membuat adunan, membentuk dan membakar cookies di bawah pemantauan tenaga pengajar. Sesi soal jawab dan perkongsian tips penyediaan turut diadakan bagi memastikan peserta memahami kesilapan biasa dan cara menghasilkan cookies yang berkualiti.

Gambar Aktiviti Disini : MAHIR MASAK (M4) : PEMBUATAN COOKIES