mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR MASAK (M5) : PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA

Aktiviti       : MAHIR MASAK (M5) : PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA

Tarikh        : 09 & 13 FEBRUARI 2026

Masa         : 9.30 pagi – 4.30 petang

Peserta      : 3 Orang

Objektif Pelaksanaan :

Mahir Masak (M5) : Penyediaan Tapak dan Sos Piza adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas menyediakan tapak (dough) dan sos piza yang berkualiti. Program ini bertujuan membantu peserta memahami langkah-langkah penyediaan, pengukuran bahan yang tepat serta teknik memasak yang betul untuk menghasilkan piza yang sedap dan konsisten. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk kreativiti peserta dalam menyediakan piza dengan pelbagai kombinasi topping secara praktikal.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi penerangan tentang bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan, demonstrasi penyediaan tapak piza dan sos secara berperingkat, serta latihan praktikal menyediakan dan menguli doh serta memasak sos piza. Peserta turut menjalani aktiviti membentuk piza dengan topping pilihan masing-masing, diikuti sesi soal jawab dan perkongsian tips bagi memastikan hasil piza berkualiti dan sedap.

Gambar Aktiviti Disini : MAHIR MASAK (M5) : PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA