PROGRAM HARI BERSAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG. DATO’ SRI HAMZAH
&
KOMUNITI KG. DATO’ SRI HAMZAH
Pada 10 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsung Program Hari Bersama Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah & Komuniti Kg. Dato’ Sri Hamzah di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah. Program ini diadakan bertujuan untuk merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah yang telah beroperasi pada 1 April 2015 yang lalu serta mempromosi segala perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah seperti kemudahan melayari internet, fotostat, print, binding dan sebagainya. Selain itu, program ini diadakan untuk menggalakkan penyertaan menyeluruh daripada komuniti terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah.
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah dirasmikan oleh YB Dato’ Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin DIMP., AMP., BCM.,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri.
YB Dato’ Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin sedang menandatangani
plak perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah

YB Dato’ Hajah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin sedang memotong reben sambil diiring oleh En. Mohamad Rais Bin Fauzi,Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kg. Dato’ Sri Hamzah.
