mcmc
Laporan Aktiviti

OPEN TUITION : BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4 & 5)

Aktiviti       : OPEN TUITION : BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4 & 5)

Tarikh        : 05 FEBRUARI 2026

Masa         : 03.30 petang – 04.30 petang

Peserta      : 2 Orang

Objektif Pelaksanaan :

Open Tuition : Bahasa Melayu (Tingkatan 4 & 5) adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu khususnya dalam aspek pemahaman, penulisan dan tatabahasa sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran menjawab soalan dengan teknik yang betul, di samping membina keyakinan pelajar dalam menghasilkan karangan yang berkualiti serta memahami teks dengan lebih mendalam.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan meliputi sesi ulang kaji topik penting berdasarkan silibus semasa, latihan menjawab soalan pemahaman dan rumusan, serta bimbingan teknik penulisan karangan respons terhad dan respons terbuka. Pelajar turut terlibat dalam perbincangan jawapan, pembetulan kesalahan lazim serta sesi soal jawab bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas dan menyeluruh.

Gambar Aktiviti Disini : OPEN TUITION : BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4 & 5)