Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH

6 March 2026 Maklumat Komuniti

TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER  183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]

Baca lanjut →

Nak Bayar Bil?

5 March 2026 Maklumat Komuniti

Nak Bayar Bil? Tak perlu pening & tak perlu pergi jauh! Jom datang ke NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah – semuanya boleh urus di sini dengan mudah & cepat! Antara […]

Baca lanjut →

JEMPUTAN LIVE WEBINAR NADI x CYBERSECURITY BAGI BULAN MAC 2026

JEMPUTAN LIVE WEBINAR NADI x CYBERSECURITY BAGI BULAN MAC 2026 BAHAYA SERANGAN MALWARE Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Anda dijemput untuk menyertai sesi Live Webinar anjuran NADI x Cybersecurity yang akan […]

Baca lanjut →

GOVERNMENT INNITIATIVE : MANFAAT MADANI (STR)

24 February 2026 Laporan Aktiviti

Aktiviti       : GOVERNMENT INNITIATIVE : MANFAAT MADANI (STR) Tarikh        : 11 FEBRUARI 2026 Masa         : 1.00 petang – 2.00 petang Peserta  […]

Baca lanjut →

OPEN TUITION : BAHASA INGGERIS (TINGKATAN 5)

Aktiviti       : OPEN TUITION : BAHASA INGGERIS (TINGKATAN 5) Tarikh        : 10 FEBRUARI 2026 Masa         : 3.30 petang – 4.30 petang […]

Baca lanjut →

GUIDANCE TUITION TINGKATAN 4 : BAHASA MELAYU

Aktiviti       : GUIDANCE TUITION TINGKATAN 4 : BAHASA MELAYU Tarikh        : 10 FEBRUARI 2026 Masa         : 3.30 petang – 4.30 petang […]

Baca lanjut →

MAHIR MASAK (M5) : PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA

Aktiviti       : MAHIR MASAK (M5) : PENYEDIAAN TAPAK DAN SOS PIZA Tarikh        : 09 & 13 FEBRUARI 2026 Masa         : 9.30 […]

Baca lanjut →

MAHIR JAHIT INTAKE 3 (M5) : POLA KURUNG PESAK

Aktiviti       : MAHIR JAHIT INTAKE 3 (M5) : POLA KURUNG PESAK Tarikh        : 09 FEBRUARI 2026 Masa         : 9.30 pagi – […]

Baca lanjut →

GUIDANCE TUITION TINGKATAN 4 : MATEMATIK

Aktiviti       : GUIDANCE TUITION TINGKATAN 4 : MATEMATIK Tarikh        : 09 FEBRUARI 2026 Masa         : 3.30 petang – 4.30 petang Peserta  […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya