Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

KIDSVENTURE : VIDEO PEMBELAJARAN – FAHAM DUIT

15 February 2026 Galeri Foto

Tarikh        : 07 FEBRUARI 2026 Masa         : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari Tempat      : NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH

Baca lanjut →

KIDSVENTURE : LIVE WEBINAR – OPERASI PERNIAGAAN

Tarikh        : 07 FEBRUARI 2026 Masa         : 10.00 pagi – 11.30 pagi Tempat      : NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH

Baca lanjut →

GOVERNMENT INNITIATIVE : MY DIGITAL ID

Tarikh        : 07 FEBRUARI 2026 Masa         : 1.00 petang – 2.00 petang Tempat      : D’APPLE FRIED CHICKEN

Baca lanjut →

WEBINAR USAHAWAN – PEMASARAN

Tarikh        : 06 FEBRUARI 2026 Masa         : 3.00 petang – 4.30 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

MAHIR MASAK (M4) : PEMBUATAN COOKIES

Tarikh        : 06 & 07 FEBRUARI 2026 Masa         : 9.30 pagi – 4.30 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

MAHIR BAIKI GADJET (M4) : PERALATAN DIAGNOSE DAN TEORI ANDROID

Tarikh        : 06 FEBRUARI 2026 Masa         : 3.00 petang – 4.30 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

CARE : EXERCISE – TRAIN LIKE ATLET NEGARA (E074)

Tarikh        : 06 FEBRUARI 2026 Masa         : 05.00 petang – 06.00 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

E-SUKAN : KESIHATAN FIZIKAL PEMAIN E-SUKAN

Tarikh        : 06 FEBRUARI 2026 Masa         : 04.00 petang – 05.00 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

OPEN TUITION : BAHASA MELAYU (TINGKATAN 4 & 5)

Tarikh        : 05 FEBRUARI 2026 Masa         : 03.30 petang – 04.30 petang Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

E-KELAS USAHAWAN MODUL 4 : MENGURUS DAN MENGUKUR KEBEKERSANAN PEMASARAN DIGITAL

Tarikh        : 05 FEBRUARI 2026 Masa         : 10.00 pagi – 11.00 pagi Tempat      : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya