Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH
TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER 183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]
💡 Wanita & ADHD – Lambat Dikesan, Besar Kesannya! 💡
💡 Wanita & ADHD – Lambat Dikesan, Besar Kesannya! 💡 Ramai fikir ADHD hanya berlaku pada kanak-kanak lelaki. Tapi wanita dengan ADHD sering terlepas pandang dan hanya didiagnosis lewat! 😟 […]
KELAS MAHIR MASAK
Tarikh : 18 Februari 2025 Masa : 09.30 pagi – 11.30 pagi Tempat : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah
KELAS MAHIR JAHIT : PENGENALAN KEPADA JAHITAN
Tarikh : 17 Februari 2025 Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah
HARI KESELAMATAN INTERNET
Kementerian Komunikasi telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam […]
Thaipusam: Tambang percuma bagi penumpang Komuter Lembah Klang
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/thaipusam-tambang-percuma-bagi-penumpang-komuter-lembah-klang BATU CAVES, 4 Februari- Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang secara percuma pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan […]
WEBINAR NADI-SHIELD : LANGKAH ASAS KE ARAH INTERNET SELAMAT
🔒 Lindungi diri anda di dunia digital! Sertai Webinar NADI-SHIELD pada 27 Januari 2025 (Isnin) , jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi melalui Microsoft Teams (Online). Ketahui langkah asas ke […]
WEBINAR NADI-SAFE: LANGKAH ASAS KE ARAH INTERNET SELAMAT
Jom sertai Webinar NADI-SAFE untuk mempelajari langkah asas ke arah internet yang lebih selamat! 📅 *Tarikh: 24 Januari 2025 🕙 *Masa: 10:00 pagi hingga 11:00 pagi 🖥️ *Platform: Microsoft Teams. […]


