Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

24 August 2024 Galeri Foto

TARIKH : 07 OGOS 2024 LOKASI : NADI KG. DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 28 ORANG MASA : 03:00PM – 4:00PM  

Baca lanjut →

CARA SAVE GAMBAR DARIPADA GOOGLE

TARIKH : 02 OGOS 2024 LOKASI : NADI KG. DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 2 ORANG MASA : 04:00PM – 5:00PM  

Baca lanjut →

MENGGUNAKAN APLIKASI CHAT GPT UNTUK MENGHASILKAN POSTER

TARIKH : 02 OGOS 2024 LOKASI : NADI KG. DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 2 ORANG MASA : 04:00PM – 5:00PM  

Baca lanjut →

MENCIPTA POSTER MENGGUNAKAN CANVA

TARIKH : 02 OGOS 2024 LOKASI : NADI KG. DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 2 ORANG MASA : 04:00PM – 5:00PM  

Baca lanjut →

KURANGKAN PENGAMBILAN GULA !

12 August 2024 Kesihatan

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan obesiti dan pelbagai penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan. Oleh itu, kawal pengambilan gula setiap hari dalam makanan dan minuman. ???????? ?????? ?????? ?????. Jangan biarkan manisnya […]

Baca lanjut →

WASPADA SEMASA BERINTERAKSI DI DALAM TALIAN

Media sosial adalah ruang untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Gunakanlah platform ini dengan bijak dan bertanggungjawab. Apa yang kita kongsi mencerminkan keperibadian kita. Ayuh, sebarkan kebaikan dan maklumat yang […]

Baca lanjut →

PRICE CATCHER

3 August 2024 Maklumat Am

PRICE CATCHER Anda boleh membuat carian harga barang melalui aplikasi Price Catcher bagi membolehkan anda membuat perbandingan harga dengan lebih mudah dan cepat sebelum keluar berbelanja. Muat turun aplikasi Price […]

Baca lanjut →

MENCIPTA BUSINESS CARD MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

22 July 2024 Galeri Foto

TARIKH : 20 JULAI 2024 LOKASI : NADI FELDA TRIANG 3 PESERTA : 7 ORANG MASA : 12:00PM – 1:00PM  

Baca lanjut →

MENCIPTA IMAGE MENGGUNAKAN MICROSOFT IMAGE CREATOR

TARIKH : 20 JULAI 2024 LOKASI : NADI FELDA TRIANG 3 PESERTA : 7 ORANG MASA : 11:00AM – 12:00PM  

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya