Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
STEM (CARA MEMBUAT AISKRIM)
TARIKH : 22 Jun 2024 MASA : 10.30 AM – 12.30 PM LOKASI : NADI KG DATO SRI HAMZAH TUJUAN : Membantu murid memahami konsep-konsep sains seperti perubahan fasa, […]
PEMBENTANGAN MENGENAI ARTIKEL BULI SIBER
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 12.30 PM – 1.30 PM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Murid diberi peluang untuk membentangkan apa yang telah mereka pelajari, mereka bukan […]
STEM (PARU PARU BELON)
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 12.30 PM – 1.30 PM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Projek ini membantu pelajar memahami konsep asas sains seperti fungsi dan mekanisme […]
MS POWERPOINT (MINDMAP BULI SIBER)
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 11.30 AM – 12.30 PM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Menghebahkan isu ini kepada masyarakat bagi melindungi kesihatan mental dan emosi individu, […]
TAKLIMAT BULI SIBER
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 10.30 AM – 11.30 AM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Menghebahkan isu ini kepada masyarakat bagi melindungi kesihatan mental dan emosi individu, […]
QUIZIZZ PERKAKASAN KOMPUTER
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 09.30 AM – 10.30 AM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Quizizz ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan pelajar. AKTIVITI […]
PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER
TARIKH : 06 Jun 2024 MASA : 09.00 AM – 10.00 AM LOKASI : MRSM ATM BERA TUJUAN : Memberi pengenalan dan mempelajari berkenaan perkakasan komputer. Menyediakan informasi penting kepada […]
CARA TERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN QR CODE
TARIKH : 05 Jun 2024 MASA : 09.30 AM – 10.30 AM LOKASI : NADI KG DATO SRI HAMZAH TUJUAN : Peningkatan kemudahan, kecekapan, dan keselamatan dalam proses transaksi. AKTIVITI […]
MS WORD (KERJA KURSUS)
TARIKH : 01 Jun 2024 MASA : 11.00 AM – 01.00 PM LOKASI : NADI KG DATO SRI HAMZAH TUJUAN : Menyokong proses pembelajaran dan meningkatkan kualiti kerja kursus. Microsoft […]


