mcmc
Pendidikan

Pendidikan

“ILMU PENYULUH HIDUP”

Sesuai dengan ungkapan “ilmu penyuluh hidup”, persaingan dan penguasaan dalam bidang ilmu semakin dititikberatkan. Walaupun Kampung Dato’ Sri Hamzah jauh di pedalaman, tidak bermakna anak-anak kampung tidak berpeluang menimba ilmu.

Anak-anak kecil penduduk kampung menuntut ilmu di Tabika Kemas Kampung Dato’ Sri Hamzah, manakala diperingkat rendah, mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Kemayan dan manakala di peringkat menengah, mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemayan yang terletak hanya beberapa kilometer dari kampung. Selain itu, ada juga yang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama yang terletak di Bandar Bera yang mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kemayan seperti SMK Seri Bera, SMK Mengkarak dan sebagainya.

 

Tabika KEMAS Kampung Dato’ Sri Hamzah

Tabika KEMAS Kampung Dato’ Sri Hamzah ini terletak di antara Dewan Kampung Dato’ Sri Hamzah dan Perpustakaan Desa.

 

 

 

Sekolah Kebangsaan Kemayan

Sekolah Kebangsaan Kemayan ini terletak berdekatan dengan masjid. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini majoritinya tinggal di Kampung Dato’ Sri Hamzah dan selebihnya adalah murid yang tinggal di estet-estet dan taman perumahan yang berdekatan.

 

 

Perpustakaan Desa Kampung Tan Sri Hamzah

Selain tabika dan sekolah, di kampung ini juga terdapat perpustakaan desa. Perpustakaan Desa ini terletak bersebelahan dengan Tabika KEMAS. Perpustakaan ini menjadi sumber tambahan ilmu kepada pelajar dan juga kepada seluruh penduduk kampung. Mereka yang ingin mendapatkan sebarang maklumat, akan mengunjungi perpustakaan ini kerana dilengkapi dengan pelbagai buku rujukan, majalah dan juga internet sebagai sumber rujukan.