mcmc
Keusahawanan

PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

 Maklumat Pengurus Projek/Pengurus Pemasaran Projek Penternakan Kambing

 

Nama : Abdullah Bin Jaafar

No. Telefon : 014-5134530

Nama Syarikat : Azzariat Enterprise

Alamat Tetap : No.13A Syarikat Penanaman Bukit Senorang, 28380 Kemayan, Pahang.

Alamat Tapak Projek : No.21, Kampung Dato’ Sri Hamzah, 28380 Kemayan, Pahang.

 

 

Projek penternakan kambing ini diusahakan oleh Azzariat Enterprise. Azzariat Enterprise telah ditubuhkan pada 30/01/2014. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan ingin menceburi bidang penternakan secara eksklusif dan lebih khusus dalam memajukan bidang penternakan tempatan.

Ia adalah selaras dengan seruan kerajaan supaya golongan muda menceburi bidang keusahawanan. Tapak projek ini dijalankan di atas tanah seluas 2 ekar di Kampung Dato’ Sri Hamzah, Kemayan, Pahang. Sebagai permulaan, Syarikat Azzariat Enterprise mengusahakan 13 ekor kambing di dalam sebuah kandang yang boleh menempatkan sebanyak 50 ekor kambing dalam satu masa. Jumlah permulaan ini akan bertambah dengan pantas kerana banyak kambing dalam pemeliharaan mereka sudah bunting dan menunggu masa untuk melahirkan anak kambing yang baru.

Syarikat Azzariat Enterprise juga sentiasa mengembangkan projek penternakan ini dari masa ke semasa berdasarkan rancangan kewangan syarikat. Syarikat ini juga mensasarkan saiz pasaran mengikut jumlah populasi Daerah Bera, Pahang dan Daerah Jempol, Negeri Sembilan dan menawarkan perkhidmatan yang memberikan pelanggan membuat pilihan jenis baka kambing yang diingini dan disukai mereka.