mcmc
Kesihatan

STATISTIK DUNIA COVID-19

129722248 10157546874726237 5334841898164993403 n

 

Kejayaan negara Jerman dalam menangani gelombang pertama penularan COVID-19 Mac dan April lalu dianggap menjadi punca negara itu gagal menangani gelombang kedua, kata ketua agensi kesihatan awam Jerman, pada Khamis.

Menurutnya, oleh kerana negara tidak mengalami tekanan yang terlalu teruk akibat penularan COVID-19 berbanding negara-negara seperti Itali, Sepanyol atau United Kingdom (UK), ia menyebabkan rakyat negara itu mengambil mudah potensi virus tersebut, sehingga ada yang meragui kesahihannya.

Perkara itu menyebabkan orang ramai gagal untuk mematuhi peraturan penjarakan fizikal dan kuarantin wajib kerana mereka tidak menganggap pandemik sebagai sesuatu yang serius, sekali gus menyebabkan Jerman kini mengalami peningkatan kes yang mendadak, kata ketua Institut Penyakit Berjangkit Robert Koch (RKI), Lothar Wieler.

Jerman telah merekodkan kes kematian tertinggi pada Rabu sejak permulaan pandemik.
Setakat Khamis, Jerman merekodkan sejumlah 1,106,789 kes positif COVID-19 dan 17,602 kes kematian.

https://www.astroawani.com/…/covid19-kejayaan-jerman...