mcmc
Kesihatan

UPDATE COVID-19 (29 MEI 2020) – STATUS TERKINI

photo 2020-05-29 22-50-37

 

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 29 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 103 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,732 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,382 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Lonjakan kes baharu dilaporkan pada hari ini adalah disebabkan oleh kes di kalangan bukan warganegara.

Ingin dimaklumkan daripada 103 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 53 kes dikesan daripada Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan. Oleh itu, kes penularan tempatan di kalangan warnanegara Malaysia adalah 12 kes sahaja.

Sehingga kini, seramai lapan (8) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).