Sehingga 30 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,762 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,317 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 27 kes penularan tempatan, 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah 10 kes sahaja.
Sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumla
