Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH
TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER 183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]
PEMBAYARAN BIL VIA POS ONLINE @ NADI
💡 Mudah, Cepat & Selamat!Kini anda boleh bayar bil elektrik, air, telekomunikasi, zakat, pinjaman pendidikan dan banyak lagi secara POS ONLINE @ NADI.Tak perlu beratur panjang – jimat masa, tenaga […]
WEBINAR WELLBEING – DENTIST BIASA KE PAKAR GIGI : JANGAN TERSALAH TEMPAH
Tarikh : 05 JULAI 2025 Masa : 11:00 pagi– 12.00 tengah hari Tempat : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah
INISIATIF KERAJAAN : MY DIGITAL ID
Tarikh : 05 JULAI 2025 Masa : 09.30 pagi– 10.30 pagi Tempat : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah
FORUM BERSAMA KOMUNITI NADI MAHIR
Tarikh : 05 JULAI 2025 Masa : 09.30 pagi– 10.30 pagi Tempat : NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah
JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT MALWARE: BAHAYA TERSEMBUNYI! ☠💻
JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT MALWARE: BAHAYA TERSEMBUNYI! ☠💻 Ancaman malware terhadap keselamatan digital semakin membimbangkan. Memandangkan remaja kini dibesarkan dalam persekitaran digital, pengetahuan tentang keselamatan siber merupakan satu […]
🎉 JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – BERITA PALSU ! 📢📲
🎉 JOM SERTAI WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT – BERITA PALSU ! 📢📲 Berita palsu mudah tersebar di media sosial, mesej dan laman web tidak sah. Perkongsian tanpa usul periksa boleh […]
📢 GUNA MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK! 📢
📢 GUNA MEDIA SOSIAL DENGAN BIJAK! 📢Media sosial adalah alat untuk berhubung & berkongsi. Gunakan dengan cara yang positif:✅ Sebarkan info berguna❌ Elakkan perbalahan & isu sensitif💬 Sebar kata-kata semangat, […]
JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH
TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER 183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]


