Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

[WEBINAR NADI x CYBERSECURITY]🎮 MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

16 June 2025 Maklumat Komuniti

[WEBINAR NADI x CYBERSECURITY]🎮 MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK 📅 20 Jun 2025 (Jumaat)🕒 3:30 PM – 5:00 PM💻 Platform: Zoom (Live Streaming)🔗 Pautan Pendaftaran: cybersecurity.nadi.my 📌 Apa […]

Baca lanjut →

JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH

12 June 2025 Maklumat Komuniti

TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER  183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]

Baca lanjut →

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH

6 June 2025 Maklumat Komuniti

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Dimaklumkan penutupan sementara operasi NADI Kg. Dato’ Sri Hamzah pada 07/06/2025 (SABTU) kerana CUTI HARI RAYA AIDILADHA. NADI Kg. Dato’ Sri Hamzah akan kembali beroperasi seperti […]

Baca lanjut →

PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2025 TELAH BERMULA!

5 June 2025 Maklumat Am

Adakah anda seorang usahawan yang berani mencabar diri dan ingin melonjakkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi? Inilah peluang keemasan anda! Sertai program berprestij Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025 dan pamerkan […]

Baca lanjut →

SERTAI PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025

Adakah anak anda memiliki semangat berniaga, kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru? Inilah peluang terbaik untuk menyerlahkan bakat keusahawanan mereka! NADI x Kidventure 2025 kini membuka pencarian ikon usahawan […]

Baca lanjut →

MAHIR FOTO : Suntingan Gambar (VSCO Filter)

24 May 2025 Maklumat Komuniti

KELAS SHORT LEARNING SERIES (SLS) NADI MAHIR MAHIR FOTO : Suntingan Gambar (VSCO Filter) 29 Mei 2025 (Khamis) 10:00 – 11:30am Siaran langsung dari YouTube Mahir Jom sertai kelas Suntingan […]

Baca lanjut →

MAHIR BAIKI GAJET: CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR (CURVE EDITION)

JOM SERTAI MAHIR SHORT LEARNING SERIES SIRI KE2 BULAN MEI Kali ini dengan topik MAHIR BAIKI GAJET: CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR (CURVE EDITION) Kursus khas ini bertujuan untuk memberi […]

Baca lanjut →

PISTACHIO KUNAFA BROWNIES!

MAHIR SHORT LEARNING SERIES KEMBALI LAGI! Kali ini dengan dessert viral yang mewah dan menggoda selera PISTACHIO KUNAFA BROWNIES! Sesuai untuk peminat baking, suri rumah, usahawan makanan atau sesiapa sahaja […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya