Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
JENAYAH E-DAGANG
WASPADA dengan pelbagai modus operandi penipuan dalam talian yang digunakan oleh ‘scammer’.Elakkan diri daripada menjadi mangsa scam dan sentiasa memilih untuk membeli dari laman web yang dipercayai serta mempunyai ciri […]
RADANG SINUS
Sinusitis boleh menyebabkan hidung tersumbat dan ia juga sering dikaitkan dengan alahan hidung yang berlaku sebagai tindak balas berlebihan pada sistem keimunan (sistem pertahanan badan yang melindungi badan anda daripada […]
KELAS MEMBUAT BROCHURE MENGGUNAKAN CANVA
TARIKH : 02 DISEMBER 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 04 ORANG MASA : 09:00AM – 12:00PM
HENTIKAN BULI SIBER
Hentikan buli siber! Buli siber boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap pengguna internet. Buli siber adalah budaya negatif yang perlu dihentikan, manakala penggunaan berhemah perlu dilestarikan. Ayuh bersama cegah buli siber. […]
BERHATI-HATI SEMASA MUAT TURUN APLIKASI KE DALAM TELEFON MUDAH ALIH
Sudah semestinya yang menarik dan juga yang indah dilihat serta ditawarkan.Sentiasa peka akan aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit anda.#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan
HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN DESA DURIAN TAWAR
TARIKH : 09 NOVEMBER 2023 LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA DURIAN TAWAR PESERTA : 20 ORANG MASA : 09:00AM – 12:00PM
PROGRAM SIMPOSIUM KANAK KANAK
TARIKH : 10 NOVEMBER 2023 LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN KERAYONG JAYA PESERTA : 20 ORANG MASA : 10:00AM – 12:00PM
KELAS USAHAWAN ASAS TIKTOK
TARIKH : 10 NOVEMBER 2023 LOKASI : PEDi BANDAR 32 PESERTA : 12 ORANG MASA : 09:00AM – 12:00PM


