Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

KELAS ICT & STEM

26 November 2023 Galeri Foto

TARIKH : 05 NOVEMBER 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’SRI HAMZAH PESERTA : 07 ORANG MASA : 10:00AM – 12:30PM  

Baca lanjut →

KELAS TIKTOK & GOOGLE BUSINESS KOLEJ KOMUNITI BERA

24 November 2023 Galeri Foto

TARIKH : 03 NOVEMBER 2023 LOKASI : KOLEJ KOMUNITI BERA PESERTA : 05 ORANG MASA : 09:00AM – 12:00PM  

Baca lanjut →

BAHAYA ! MUAT TURUN APLIKASI TIDAK SAH (MALWARE)

31 October 2023 Maklumat Am

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati apabila menerima SMS yang mengandungi fail APK. Jangan muat turun fail berkenaan. Elakkan diri daripada menjadi mangsa scam. Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 […]

Baca lanjut →

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK DURIAN TAWAR 26 JULAI 2023

17 October 2023 Galeri Foto

TARIKH : 26 JULAI 2023 LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR PESERTA : 62 ORANG MASA : 10:00PM – 01:30PM      

Baca lanjut →

??????? ?????? ????????????? ?? ????????

19 September 2023 Maklumat Am

??????? ?????? ????????????? ?? ???????? Bahasa kesat sering mencetuskan pergaduhan. Jangan buat kecaman secara melulu. Banyakkan kata-kata berunsur positif dan membina.#KKD#MalaysiaMADANI

Baca lanjut →

SCAMMER

Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan segalataktik penipuan jenayah ‘scammer’ yang memperdaya ramai mangsa. Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengansegera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan […]

Baca lanjut →

JAWATAN KOSONG 2023

30 August 2023 Maklumat Komuniti

Jawatan kosong sebagai RAKAN DIGITAL di PEDi Kg. Dato’ Sri Hamzah. Sila baca dengan teliti syarat permohonan dalam iklan. Yang berminat,boleh hantar resume ke emel:datosrihamzah@pjk.com.my Sebarang pertanyaan boleh whatsapp: http://www.wasap.my/60139790209/RakanDigital http://www.wasap.my/60139642399/RakanDigital […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya