Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SMK BERA 15 FEBRUARI 2023
TARIKH : 15 FEBRUARI 2023 LOKASI : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERA PESERTA : 20 ORANG MASA : 10:00AM – 12:00PM Menyampaikan taklimat tentang Buli Siber & Online Grooming
PROGRAM ADVOKASI KDB & LITERASI ICT (SK FELDA TEMENTI) 09 FEBRUARI 2023
TARIKH : 09 FEBRUARI 2023 LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TEMENTI PESERTA : 20 ORANG MASA : 9:00AM – 12:00PM Menyampaikan taklimat tentang Buli Siber Melatih peserta menggunakan software […]
QUIZIZZ BULI SIBER 08 FEBRUARI 2023
TARIKH : 08 FEBRUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 27 ORANG MASA : 3:00PM – 5:00PM
MS WORD (PENGENALAN BULI SIBER) SESI (4) 08 FEBRUARI 2023
TARIKH : 08 FEBRUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 27 ORANG MASA : 3:00PM – 5:00PM Memberi pendedahan tentang buli siber dan mempelajari cara […]
MS WORD (PENGENALAN BULI SIBER) SESI (3) 07 FEBRUARI 2023
TARIKH : 07 FEBRUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 27 ORANG MASA : 3:00PM – 5:00PM Peserta dapat mengetahui maksud, punca, kesan, cara mencegah […]
MS WORD (PENGENALAN BULI SIBER) SESI (2) 06 FEBRUARI 2023
TARIKH : 06 FEBRUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 27 ORANG MASA : 3:00PM – 5:00PM Peserta dapat mengetahui maksud, punca, kesan, cara mencegah […]
MEMASUKKAN NAMA LOKASI KE DALAM GOOGLE MAP 03 FEBRUARI 2023
TARIKH : 03 FEBRUARI 2023 LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 1 ORANG Petugas Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Sri Hamzah dapat mempelajari cara memasukkkan nama […]
KELAS KEUSAHAWANAN (SHOPEE) 01 FEBRUARI 2023
TARIKH : 01 FEBRUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 1 ORANG Memberi pengenalan tentang Shopee Memberi penerangan ringkas tentang aplikasi Shopee, cara untuk mengaktifkan […]
MS WORD (PENGENALAN BULI SIBER) SESI (1) 11 JANUARI 2023
TARIKH : 11 JANUARI 2023 LOKASI : PEDi KG DATO’ SRI HAMZAH PESERTA : 27 ORANG MASA : 3:30PM – 5:30PM Memberi pendedahan tentang buli siber dan mempelajari cara menggunakan […]
KISAH KEJAYAAN – NORHAYATI BINTI MAT JUNOH (CELIK IT)
NAMA : NORHAYATI BINTI MAT JUNOH UMUR : 33 TAHUN AHLI : NOV 2017 Latar belakang Norhayati merupakan seorang suri rumah dan sedang bekerja secara sambilan di Pekan Kemayan. Sebelum […]


