Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
KISAH KEJAYAAN – NOR AZIAH BINTI NORDIN (MENJUAL ROTI HOMEMADE)
NAMA : NOR AZIAH BINTI NORDIN UMUR : 44 TAHUN AHLI : NOV 2018 Latar belakang Puan Nor Aziah merupakan seorang suri rumah. Beliau mula membuat dan menjual […]
JAGA KEAMANAN
Terlajak perahu boleh diundur, ??Terlajak ‘tweet’ buruk padahnya. ❌ Gunakan platform media sosial dengan berhemah. Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan dan menyebarkan sebarang kandungan berbaur hasutan di platform media […]
Cegah Rabies
Cegah RabiesElak menyentuh haiwan liar termasuk anjing dan kucing liar sama ada hidup atau matiIkuti kami di : http://www.infosihat.gov.my.
CEGAH HFMD
Cegah HFMD 7 Langkah Cuci Tangan Dengan Betul Ikuti kami di : http://www.infosihat.gov.my
CUBAAN SERANGAN SIBER
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) menjelaskan hampir 800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021 berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia (CSM). Beliau turut menjelaskan bahawa […]
SENTIASA BERADAB DALAM MEDIA SOSIAL
???????? ??????? ????? ????? ?????? Elakkan diri daripada mencela, menfitnah atau berkata kotor di media sosial. #KKD #MalaysiaMADANI SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia/?locale=ms_MY)
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)RM10 juta telah diperuntukkan bagi mengukuhkan peranan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dalam usaha menangani masalah scam yang semakin berleluasa.NSRC telah dibangunkan membabitkan usaha sama antara […]


