Utama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

WAKTU OPERASI :-

  • 09:00am – 6:00pm

(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum) 

MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

  • NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)

             Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

  • NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)

             Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)

             Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022

Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.

========================================================================================

Pusat Sebaran Maklumat Nasional

OPEN TUITION BAHASA INGGERIS TINGKATAN 2 , 3 & 5

21 April 2026 Laporan Aktiviti

Aktiviti       : OPEN TUITION BAHASA INGGERIS Tarikh        : 07 APRIL 2026 Masa         : 3:30 pm – 4:30 pm Peserta      […]

Baca lanjut →

OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 3

Aktiviti       : OPEN TUITION MATEMATIK TINGKATAN 3 Tarikh        : 06 APRIL 2026 Masa         : 3:30 pm – 4:30 pm Peserta    […]

Baca lanjut →

GUIDANCE TUITION MATEMATIK TINGKATAN 4

Aktiviti       : GUIDANCE TUITION MATEMATIK TINGKATAN 4 Tarikh        : 06 APRIL 2026 Masa         : 3:30 pm – 4:30 pm Peserta    […]

Baca lanjut →

ENGLISH PROFICIENCY LESSON 28

Aktiviti       : ENGLISH PROFICIENCY LESSON 28 Tarikh        : 06 APRIL 2026 Masa         : 3:30 pm – 4:30 pm Peserta      […]

Baca lanjut →

MAHIR MASAK_KELAS MINGGU 12 – PEMBUATAN BUN (BUN BURGER DAN ROTI GORENG)

Aktiviti       : PEMBUATAN BUN (BUN BURGER DAN ROTI GORENG) Tarikh        : 03 APRIL 2026 Masa         : 9:30 am – 11:00 am […]

Baca lanjut →

E-SUKAN – KOMUNIKASI DALAM PASUKAN

Aktiviti       : E-SUKAN – KOMUNIKASI DALAM PASUKAN Tarikh        : 03 APRIL 2026 Masa         : 10:30 am – 11:30 am Peserta    […]

Baca lanjut →

CARE – WEBINAR SENI MENGURUS MELTDOWN PELAJAR AUTISME DI DALAM KELAS W136

Aktiviti       : WEBINAR SENI MENGURUS MELTDOWN PELAJAR AUTISME DI DALAM KELAS W136 Tarikh        : 03 APRIL 2026 Masa         : 10:30 am […]

Baca lanjut →

CARE – PODCAST_HILANG SABAR DENGAN ANAK – CARA KAWAL EMOSI DAN TINGKAH LAKU (PART 1) P077

Aktiviti       : PODCAST_HILANG SABAR DENGAN ANAK – CARA KAWAL EMOSI DAN TINGKAH LAKU (PART 1) P077 Tarikh        : 03 APRIL 2026 Masa      […]

Baca lanjut →

CARE – WEBINAR_DIET EXTREME – JALAN PINTAS ATAU PERANGKAP (W138)

12 April 2026 Galeri Foto

Tarikh        : 12 APRIL 2026 Masa         : 10:30 am – 11:30 am Tempat      : NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH

Baca lanjut →

NADI ESUKAN – PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN

Tarikh        : 11 APRIL 2026 Masa         : 9:40 am – 10:40 am Tempat      : NADI KAMPUNG DATO’ SRI HAMZAH

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya