Utama
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah. Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Pusat Sebaran Maklumat (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah :-
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Malaysia.
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan. Kami menerima kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan professional dan golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) di Kg. Dato’ Sri Hamzah ini dapat membantu komuniti setempat menggunakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah ini untuk kemudahan dalam berkomunikasi dan juga meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.
WAKTU OPERASI :-
- 09:00am – 6:00pm
(Dibuka Setiap Hari Kecuali Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH :-

- NUR AZLIZA BINTI MAHASSAN (013-979 0209)
Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 01 Januari 2015

- NURAMEERA SUHANA BINTI SALIM (013-964 2399)
Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat (NADI)
Mula berkhidmat pada 04 Julai 2022
Kami warga Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg. Dato’ Sri Hamzah, berharap portal in akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat yang terkini. Pada masa yang sama kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas daripada anda.
========================================================================================
Pusat Sebaran Maklumat Nasional
JUMLAH AHLI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG DATO’ SRI HAMZAH
TAHUN BULAN JUMLAH AHLI 2015 APRIL – DISEMBER 183 ORANG 2016 JANUARI – DISEMBER 45 ORANG 2017 JANUARI – DISEMBER 84 ORANG 2018 JANUARI – DISEMBER 124 ORANG 2019 JANUARI […]
NAK BAYAR BIL ?
Tak perlu pening & tak perlu pergi jauh! Jom datang ke NADI Kampung Dato’ Sri Hamzah – semuanya boleh urus di sini dengan mudah & cepat! Antara perkhidmatan yang disediakan: […]
CARE – WEBINAR_DIET EXTREME – JALAN PINTAS ATAU PERANGKAP (W138)
Aktiviti : CARE – WEBINAR_DIET EXTREME – JALAN PINTAS ATAU PERANGKAP (W138) Tarikh : 12 APRIL 2026 Masa : 10:30 am […]
NADI ESUKAN – PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN
Aktiviti : NADI ESUKAN – PENGURUSAN KONFLIK DALAM PASUKAN E-SUKAN Tarikh : 11 APRIL 2026 Masa : 9:40 am – 10:40 […]
MAHIR MASAK – PEMBUATAN MEXICAN BUN
Aktiviti : MAHIR MASAK – PEMBUATAN MEXICAN BUN Tarikh : 10 APRIL 2026 Masa : 9:30 am – 11:00 am Peserta […]
WEBINAR CYBERSECURITY : CARA MENJAGA KESELAMATAN CCTV DAN WIFI RUMAH DARI DIGODAM
Aktiviti : WEBINAR CYBERSECURITY : CARA MENJAGA KESELAMATAN CCTV DAN WIFI RUMAH DARI DIGODAM Tarikh : 09 APRIL 2026 Masa : […]
WEBINAR KIS_PENJELAJAH SIBER : ELAK PERANGKAP DIGITAL
Aktiviti : WEBINAR KIS_PENJELAJAH SIBER : ELAK PERANGKAP DIGITAL Tarikh : 08 APRIL 2026 Masa : 3:30 pm – 4:30 pm […]
CARE SENAMAN CERIA UNTUK KANAK-KANAK OBES GERAK SIHAT TANPA TEKANAN E083
Aktiviti : CARE SENAMAN CERIA UNTUK KANAK-KANAK OBES GERAK SIHAT TANPA TEKANAN E083 Tarikh : 08 APRIL 2026 Masa : 3:30 […]


